Saturday, January 1, 2011

1 Januari, 2011.

Pelakon Faizal Yusof Meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihirojiun..lafaz buat arwah faizal yusof..memang terkejut, arwah meninggal pada usia 33 tahun akibat serangan jantung.. muda lagi tapi semua di tangan Allah.. bukannya boleh dirancang..arwah pergi meninggalkan Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 anaknya dengan isteri terdahulu, Ct Nordiana dan seorang balu Rosmunira yang kini mengandung lima bulan. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..amin..


Friday, December 3, 2010

PANTAI YANG INDAH & MENENANGKAN.

Ciptaan Allah yang sangat cantik & menarik.
                                                                                                                             

Luas & tenang.
Jauh mata memandang....
keindahan di udara dan di darat.
Ciptaan Allah yang menakjubkan..
Keindahan yang membawa seribu erti.

                                Pagi ini bangun dari tidur teringin rasa nak pergi ke pantai,
                                sambil menikmati keindahan  pantai yang luas, nyaman dan
                                indah pasti hati akan menjadi lebih tenang dan ceria.  Namun
                                kecanggihan dunia IT masa kini dapat mengatasi segala
                                keinginan.
                
                                walaupun hanya menikmati keindahan tersebut melalui gambar-
                                gambar ini sahaja, namun hatiku tetap merasa keceriaan dan
                                keindahan tersebut.

                                Sekurang-kurangnya dapat juga mengubat keinginan hati ini
                                dan kerinduan menikmati suasana pantai begini.
                                                            SALAM PERKENALAN


~ Haiii....~

Lebih dikenali sebagai Ita Cun dan masih baru di blog ini. Sebenarnya tiadalah ketetapan khusus yang hendak kuletakkan sebagai tajuk untuk blog ini, kerana blog ini adalah lebih merupakan sebagai mengisi masa lapang. Apa yang hendak kucatatkan bergantung kepada hal-hal semasa yang menarik perhatianku sebagai insan biasa di dunia ini untuk dijadikan sesuatu yang boleh dikongsikan bersama samada ianya cerita suka, duka dsbnya.  Disamping itu, akan kusulami dengan senikata-senikata lagu yang menjadi minatku, sebagai selitan iklan yang menghiasi sesuatu cerita.  

Apapun teguran ikhlas dari anda semua akan kuterima sebagai corak menentukan catatanku di masa akan datang.  Seandainya ada terkurang atau tersilap kata, diharap dapat dimaafkan kerana tidaklah terniat di dalam hati untuk melukakan hati sesiapa.